The pain of 10 years

 Hi! I am Miss NS. Umur 18 tahun, masih mengambil diploma. Dah second year pun. Dahulu pernah sekolah dekat MAA (pikirlah sendiri sekolah apa tu) and sekarang taking diploma pengajian islam. Boleh dikatakan dulu bersekolah di madrasahlah. Jadi perangai pun perangai yang tak bebual dengan lelaki lah (dulu).

 Jadi kenapa saya pilih 10 tahun? Tak lebih tak kurang. Sebab kisah cinta dekat tadika tu tak beri kesan yang banyak pun. HAHAHA. okok. LET ME START! Jadi hati mula bergetar untuk seorang lelaki bila umur aku 9 tahun. Siapa? Saya bagi nama dia Mr N.

 Macam mana boleh tersangkut dengan dia? Dia bebual dengan saya macam bro-bro whcih i really like. Kira lepak-lepak. Dia lain kelas btw. Cuma kita kenal each other atas sebab kita dalam tutition class yang sama. kat sekolah dia lain class sebab dia class budak pandai namun saya ni tak berapalah pandai. Itu juga adalah salah satu faktor yang membuat saya suka kat dia. Kadang-kadang ada jugalah gaduh dengan dia. Muka dia tak kacak, tapi hati dia kelihatan sangat bersih.

 Ayah dia selalu ambil dia dari tuition centre, N selalu berbaik dengan ayah dia. Dia pun selalu tolong dengan jualan mak dia. Aku dapati dia selalu solat selepas tuition kelas di dalam sebuah bilik. Iman dia kuat untuk Allah. Iman aku pulak yang tergugat. Astaghfirullah.

 Kat sekolah, ada rumor yang mengatakan kawan baik aku Miss U, adalah girlfriend N. Hati tersentak masa tu. Bila kelas tuition habis, aku dengan dia masing-masing tengah tunggu orang untul bawak kitorang balik. Aku dalam keadaan cemburu pergi main-main tanya dia, "Hey N! Aku dengar citer kau boyfriend U, kau suka dia eh.. fiweet!". Dia tunjuk muka masam abeh cakap "Mana ada! Si U tu gedik je. Sejak bila aku boyfriend dia!". Korang might think orang 9 tahun tak bebual macam gini, but ni umur kitorang tengah nak masuk 10 tahun ok.

 Ok sambung. selepas dia cakap tu terus aku tersenyum dalam senyap. Terus dah lega balik. Persahabatan kami makin menerus, hati semakin berbunga. Akan tetapi bila umur mencecah 12 tahun, aku terpaksa quit tuition sebab banyak sangat kelas tambahan untuk kelas aku. yelah, sebab kelas kita kelas yang tak pandai sangat. Jadi kita perlukan lebih perhatian. Tahun tu, kita kena duduk PSLE. Di situlah hubungan persahabatan aku dengan dia semakin menjarak. Dekat sekolah pun cuma tegur-tegur sedikit. Lama-lama, cuma dapat tengok dia dari jauh.

 jejak menengah 1, aku mula ambil tuition di tempat lain untuk memantapkan bahasa aku balik. Setengah tahun aku kat berkelas di situ tapi grades aku kat sekolah makin teruk. Ummi aku tanya nak masuk balik ke tak tuition lama. Abeh aku like..malu lah ummi. dah lah dah keluar, abeh tak tau maul gy masuk balik. For the sake of getting better grades, aku masuk balik bila nak masuk second semester. Sambil tunggu semua orang datang tuition, aku tunduk je tak pandang depan.

 Semua masuk je, siapa ni? Mr N pun gy cari muka aku yang tengah malu, "ohh..NS rupanya!". Semua greet aku dengan baik. Aku pun rasa lega. Masa berlalu dengan cepat. Ada satu kali tu, aku tengah bebual-bebual sikit dengan Mr N. Aku cakap yang aku punya mata pelajaran tak boleh make it. Dia bagi aku banyak pertolongan dari dulu lagi. Ada sedikit perubahan dari egi pemarkahan tapi masih tak puaskan hati aku. Dia cakap ka aku, "Aku nak tengok kau masuk kelas ilmi(kelas pandai) walau apa-apa pun. Kau boleh lah.

 Dengan semangat yang dia berikan aku, aku focus terlampau focus dalam kelas. Grades makin tinggi. Harapan sangat luas masa tu. Dalam ketika itu, Mr N berkongsi tentang diri dia yang diberikan scholorship belajar dekat Kuwait. Aku terus membeku bila terdengar that sudden heartbreaking news. The next month dia berangkat, aku tak dapat luahkan perasaan aku yang terpendam dari sejak umur 9 tahun tu pada dia. Aku menangis tak henti-henti bila nak tidur malam.

 Aku pun terpikir, kenapa kena nangis atas kejayaan seseorang. Dia pergi sana untuk menuntut ilmu. Aku sepatutnya gembira. Aku pun cuba untuk lupakan dia. Instead, aku tekun pada pelajaran sahaja pada masa tu. Result akhir tahun pun dikeluarkan. Aku adalah top 3 dalam kelas masa tu. aku promoted to masuk kelas ilmi. Masa tu ugak aku nangs teresak-esak depan kawan-kawan aku. Semua hairan kenapa aku nangis atas kejayaan. Pada aku, aku rasa sedih sebab aku tak dapat tunjukkan Mr N permintaan dia yang satu tu. Life moves on. Ceeeeeeh. Jadi selama tiga tahun, aku tak ada perasaan cint dekat orang lain. Focus belajar je. Sampailah ke peringkat diploma. Aku keluar dari madrasah lama aku dan masuk ke salah satu institut islam dalam negeri aku. for my diplomas.

Bermulalah kisah baru...

Comments